Jumaat, 18 Mei 2012

IQ vs EQ

Intelligence quotient atau lebih dikenali sebagai IQ adalah perkara yang berkait rapat dengan minda(intelektual) manakala emotional quotient(EQ) pula perkara yang melibatkan emosi seseorang.

Menurut buku Visualisasi Minda hasil tulisan Tut Satogya,IQ hanya diperlukan oleh seseorang ketika masih dalam zaman persekolahan,tetapi bukan sebagai modal untuk bekerjaya.Kapasiti untuk mencapai kejayaan dalam setiap individu hanya melibatkan 20% IQ dan baki 80% perlu diisi dengan EQ.


Merujuk perkara tersebut,tidak mustahil mengapa ramai pelajar yang cemerlang dalam pendidikan(SPM 10A++) dan melanjutkan pelajaran sehingga ke luar negara tetapi gagal untuk memperolehi pekerjaan mahupun kurang berjaya ketika bekerjaya.

Pelajar cemerlang biasanya terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:
i)Cemerlang dalam pelajaran dan aktif dalam aktiviti kokurikulum(IQ+EQ).
ii)Cemerlang dalam pelajaran tetapi tidak aktif dalam aktiviti kokurikulum(IQ sahaja)

Kepada pembaca yang masih lagi berada di alam persekolahan,elakkan berada di dalam kumpulan (ii) kerana ia akan menyukarkan anda pada masa hadapan.Ya, tidak dinafikan anda seorang pelajar cemerlang,tetapi kehidupan di luar sana sangat mencabar dan memerlukan kemahiran EQ untuk mengatasinya.

Berikut disertakan sedikit maklumat perwatakan seseorang bagi IQ dan EQ:

Golongan IQ tinggi-
Lelaki:
Kritikal,di luar jangkaan,terpilih,pemalu,kurang ekspresi,menjaga jarak,dingin dan membosankan.
Perempuan:
Hanya berminat kepada masalah intelektual,menghargai orang yang setaraf dengannya,mudah cemas,gelisah,mudah rasa bersalah dan ragu-ragu untuk menyatakan perasaan marah.

Golongan EQ tinggi-
Lelaki:
Suka bersosial,suka bergurau,mudah bergaul,tidak mudah takut dan rasa gelisah,prihatin,berpandangan positif.
Perempuan:
Tegas,menyatakan perasaan secara terbuka,melihat diri secara positif,mudh bergaul,peramah,mampu menyesuaikan diri,berbicara dengan tidak kasar serta melakukan dalam keadaan spontan dan gembira.

Berdasarkan maklumat di atas,jelas menunjukkan bahawa EQ lebih memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang individu tetapi dalam masa yang sama sumbangan IQ tidak boleh dinafikan.Dengan itu,gabungkan IQ dan EQ dalam kehidupan seharian anda mengikut peringkat usia yang sesuai dan insyaAllah kejayaan akan datang mengiringi usaha anda.

Rabu, 16 Mei 2012

Jangan berkata 'Jangan'

'Jangan' adalah satu perkataan yang akan mewujudkan tenaga negatif di dalam diri manusia.Bayangkan ketika anda sedang mencampurkan gula di dalam minuman dan ibu anda mengegur dengan perkataan 'Jangan letak gula banyak sangat,tidak elok untuk kesihatan',pasti sedikit sebanyak akan menimbulkan perasaan marah dalam diri anda.

Bagaimana pula jika teguran tersebut disampaikan dengan perkataan 'Kurangkan gula dalam minuman,kesihatan akan terjejas nanti',pasti ia akan mewujudkan perasaan ambil berat dan meningkatkan pengetahuan si pendengar bukan?



Ia adalah salah satu rahsia alam bagi kehidupan dan juga komunikasi.Jika perkataan 'jangan' kerap digunakan,ia akan mewujudkan serta meningkatkan tenaga tolakan(negatif) dalam diri kita.Apabila setiap masa dan ketika kita mewujudkan tenaga tolakan,pastinya kehidupan seharian kita sedikit sebanyak akan menyumbang ke arah perkara negatif.

Cuba lihat pula situasi di dalam negara, saban tahun pasti wujudnya kempen anti merokok dan kempen anti dadah.Tetapi adakah kempen tersebut berkesan? Tidak bukan? Kerana jualan rokok dan dadah semakin meningkat setiap tahun.Saya merasakan bahawa perkataan 'anti' yang digunakan tidak sesuai dan lebih menjurus kepada tenaga tolakan.Kerana itulah kempen tersebut tidak memberikan impak kepada rakyat.

Kita lihat pula kempen 'Buka & Menang','Beli 1 percuma 1' dan 'Pergilah Melancong'.Bukankah ia mendapat sambutan yang begitu hangat? Ini kerana mereka tidak menggunakan perkataan negatif yang boleh meningkatkan tenaga tolakan dalam diri setiap pelanggan yang mendengar atau menonton kempen tersebut.Menarik bukan? Pastinya kempen tersebut dapat menjana keuntungan yang maksimum!

Carl Jung(1875-1961,Psikologi) ada menyatakan bahawa kejadian alam sesuai dengan hukum daya tarikan: 'Apa yang anda tolak,akan tetap bertahan dan berada di samping anda.'

Mulai hari ini,latihlah diri supaya kurangkan pengunaan perkataan 'jangan' dalam kehidupan seharian.Saya yakin ia akan memberi impak positif dalam kehidupan seharian anda selepas ini.Selamat mencuba!

Selasa, 15 Mei 2012

Matlamat perlu jelas!

Ketika mengendalikan program motivasi di sekolah-sekolah,antara soalan yang kerap diajukan kepada para pelajar adalah adakah mereka mempunyai cita-cita? Jawapan yang diberikan biasanya 'Ya' atau 'ada',dan ini menunjukkan satu perkara positif terhadap masa depan mereka.

Tetapi apabila diajukan soalan 'apakah cita-cita anda',majoriti peserta memberikan jawapan yang kurang jelas seperti 'doktor','cikgu' ataupun 'jurutera'.Kurang jelas yang dimaksudkan adalah doktor apa? cikgu mata pelajaran apa? jurutera apa?

Jika cita-cita anda adalah seorang jurutera,maka anda perlu tahu samada jurutera awam, jurutera elektrik atau jurutera mekanikal. Begitu juga dengan menjadi cikgu samada matapelajaran yang bakal diajar adalah Matematik, Bahasa Melayu, Agama Islam atau mata pelajaran yang lain.

Cuba banyangkan dua pasukan yang sedang bermain dalam satu perlawanan bola sepak dan anggaplah pasukan A sedang menentang pasukan B.Setiap pasukan perlu tahu ke arah mana serangan perlu dilancarkan untuk memperolehi jaringan.Anda juga pasti tahu bukan? Semestinya pasukan A perlu menjaringkan gol ke gawang pasukan B dan begitu juga sebaliknya.



Bayangkan anda adalah salah seorang pemain di dalam pasukan A,pastinya matlamat yang jelas adalah memasukkan bola ke dalam gawang pasukan B bagi memperolehi jaringan.

Tetapi bagaimana jika anda tidak mempunyai matlamat yang jelas? ia boleh menyebabkan setiap sepakan yang anda lakukan tidak masuk ke dalam gawang pasukan B. Lebih memeritkan jika matlamat anda sangat lemah,jaringan yang dilakukan mungkin ke dalam gawang pasukan sendiri.Bukankah itu satu kerugian?

Mulai hari ini,pastikan anda mempunyai matlamat yang jelas.Jika anda mempunyai cita-cita,pastikan ia menjurus kepada sesuatu yang lebih spesifik.Jika diizinkan olehNya,laluan menuju kegemilangan akan dipermudahkan dan anda semakin menghampiri kejayaan.InsyaAllah...

Surah Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah, ayat yang perlu dihafal oleh semua umat Islam. Ayat permulaan dalam Al-Quran dan ayat utama dalam melakukan solat sememangnya menjadi kewajipan bagi setiap muslim untuk memahatkan di dalam dada bagi mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Setiap rakaat dalam sembahyang kita melafazkannya,tetapi adakah kita faham apakah makna di setiap baris ayat tersebut? Anda pernah dengan perkataan ' Wo Ai Ni? ' Apa yang anda sedang fikirkan sekarang? Jawapan yang berlegar pastinya terbahagi kepada dua iaitu:
1)hanya sepotong bahasa cina atau; 
2)perkataan yang mempunyai maksud yang mendalam.

Begitu juga dengan setiap Ayat yang terkandung di dalam Al-Quran.Sifat khusyuk dan rasa bertanggungjawab terhadap ayat tersebut akan timbul jika kita benar-benar fahami apakah maksud yang tersirat. Dengan penuh rasa kesedaran, berikut dikongsikan maksud surah Al-Fatihah kepada anda:



Ayat 1:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Ayat 2:
Segala Puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam...

Ayat 3:
Yang Menguasai hari pembalasan...

Ayat 4:
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah, dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan...

Ayat 5:
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus...

Ayat 6:
Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan (jalan) orang-orang yang sesat...


p/s: 'Wo Ai Ni' dalam bahasa melayu bermaksud 'Aku Cinta Padamu'... =)

Sabtu, 12 Mei 2012

Kenali Otak Anda

Otak adalah satu anugerah terhebat oleh Allah S.W.T kepada hambanya.Berbekalkan otak yang dianugerahkan,setiap manusia boleh mencipta kejayaan yang mengagumkan.dengan itu,adalah penting untuk kita mengenali apa yang terdapat di dalam otak.

Otak dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kiri dan kanan.Kedua-dua bahagian tersebut memainkan peranan penting dalam kehidupan kita.Rajah di bawah menunjukkan pembahagian kepakaran otak:


Jika anda perhatikan bahagian kiri otak,ia lebih banyak digunakan ketika proses pembelajaran.Ini kerana jika anda belajar subjek bahasa,subjek matematik,subjek sejarah,subjek sains semuanya akan mengaktifkan otak kiri.

Bahagian otak kanan pula lebih kepada perkara-perkara yang boleh menarik perhatian seperti muzik,seni dan imaginasi.Tidak keterlaluan mengatakan bahawa otak kanan lebih rileks berbanding otak kiri.

Kenali otak anda bagi memudahkan setiap perkara yang dilakukan dan apa yang penting,setiap tindakan akan menjadi menarik apabila anda menggabungkan kemahiran kedua-dua bahagian otak tersebut.

Jumaat, 11 Mei 2012

Jumaat hari keinsafan?

Dalam perjalanan menuju ke pejabat,saya mendengar sebuah radio swasta.Saya suka mendengar kepetahan mereka berbicara, kerana ia sedikit sebanyak membantu saya dalam mempelajari teknik intonasi dan penyampaian mereka.Tetapi sikap mereka mengendalikan program pada hari 'Sayyidul Ayyam' membuatkan saya tertanya-tanya,mengapa Jumaat menjadikan mereka insaf..........seketika......?

Setiap kali bersiaran pada hari tersebut, pasti akan ada ayat-ayat seperti di bawah:

'Hari ni I sopan sikit,maklumlah hari Jumaat....'

'I sopan hari ini sebab hari Jumaat....'

'Pakaian tu janganlah dedah sana,dedah sini...tolonglah hormat,hari ini kan Jumaat....'


Persoalan kerap kali berlegar-legar di dalam pemikiran samada mereka benar-benar mengambil berat tentang menghormati hari Jumaat atau sekadar menjadikan hari penghulu segala hari ini adalah sebagai suatu sindiran.

Jika kita menilai semula ayat-ayat di atas, jelas bahawa kesedaran mereka bersifat sementara dan bermusim. Kita perlu menginsafi segala kesilapan yang dilakukan sepanjang kita menghirup udara yang dibekalkan, bukannya pada hari Jumaat sahaja.


Khamis, 10 Mei 2012

ILMU lebih baik daripada HARTA

Diriwayatkan suatu hari sepuluh orang terpelajar mendatangi Imam Ali ra. Mereka ingin mengetahui mengapa ILMU lebih baik daripada HARTA dan mereka meminta agar masing-masing dari mereka diberikan jawapan yang berbeza. Imam Ali ra menjawab sebagaimana berikut:

Pelajar 1
Ilmu adalah warisan Nabi, sebaliknya harta adalah warisan Firaun. Sebagaimana Nabi lebih unggul daripada Firaun, maka ilmu lebih baik daripada harta.

Pelajar 2
Engkau harus menjaga hartamu, tetapi Ilmu akan menjagamu. Maka dari itu, Ilmu lebih baik daripada harta.

Pelajar 3
Ketika Ilmu dibahagikan ia akan bertambah. Ketika harta dibahagikan(bukan ke jalan Allah) ia akan berkurang. Seperti itulah bahwa ilmu lebih baik daripada harta.




Pelajar 4
Manusia yang mempunyai banyak harta memiliki banyak musuh, sedangkan manusia berilmu memiliki banyak teman. Untuk itu, ilmu lebih baik daripada harta.

Maksud Bacaan Duduk Antara Dua Sujud

Setiap hari kita diwajibkan untuk bersembahyang.Setiap bacaan yang diungkapkan mempunyai maksud yang tersirat.Antaranya maksud bacaan duduk antara dua sujud.

Jika dihitung solat yang dilakukan setiap hari,bacaan duduk antara dua sujud ini dibaca sebanyak 17 kali iaitu 2x(Subuh),4x(Zuhur),4x(Asar),3x(Maghrib) dan 4x(Isyak).Tetapi adakah anda tahu apa maknanya? Rajah di bawah menerangkan tentang makna setiap sebutan yang dilafazkan:


Sebanyak 17 kali sehari anda memohon kepada Allah S.W.T untuk mengampunkan dosa,menyayangi,cukupkan segala kekurangan,tinggikan darjat,murahkan rezeki,tunjukkan jalan yang lurus,berikan kesihatan dan maafkan segala kesilapan diri yang dilakukan.

Fahamilah maksud bacaan duduk antara dua sujud ini kerana ia akan lebih bermakna apabila kita membaca dan mengetahui apakah maksud yang disampaikan.InsyaAllah...

Selamat Datang ke Impak Positif

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, terima kasih kerana sudi untuk melawati www.impakpositif.blogspot.com. Saya Farhan Johari, penulis bagi setiap ruangan di dalam blog ini. Selamat berkenalan dan salam impak positif!