Dalam perjalanan menuju ke pejabat,saya mendengar sebuah radio swasta.Saya suka mendengar kepetahan mereka berbicara, kerana ia sedikit sebanyak membantu saya dalam mempelajari teknik intonasi dan penyampaian mereka.Tetapi sikap mereka mengendalikan program pada hari 'Sayyidul Ayyam' membuatkan saya tertanya-tanya,mengapa Jumaat menjadikan mereka insaf..........seketika......?
Setiap kali bersiaran pada hari tersebut, pasti akan ada ayat-ayat seperti di bawah:
'Hari ni I sopan sikit,maklumlah hari Jumaat....'
'I sopan hari ini sebab hari Jumaat....'
'Pakaian tu janganlah dedah sana,dedah sini...tolonglah hormat,hari ini kan Jumaat....'
Persoalan kerap kali berlegar-legar di dalam pemikiran samada mereka benar-benar mengambil berat tentang menghormati hari Jumaat atau sekadar menjadikan hari penghulu segala hari ini adalah sebagai suatu sindiran.
Jika kita menilai semula ayat-ayat di atas, jelas bahawa kesedaran mereka bersifat sementara dan bermusim. Kita perlu menginsafi segala kesilapan yang dilakukan sepanjang kita menghirup udara yang dibekalkan, bukannya pada hari Jumaat sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan