Jumaat, 18 Mei 2012

IQ vs EQ

Intelligence quotient atau lebih dikenali sebagai IQ adalah perkara yang berkait rapat dengan minda(intelektual) manakala emotional quotient(EQ) pula perkara yang melibatkan emosi seseorang.

Menurut buku Visualisasi Minda hasil tulisan Tut Satogya,IQ hanya diperlukan oleh seseorang ketika masih dalam zaman persekolahan,tetapi bukan sebagai modal untuk bekerjaya.Kapasiti untuk mencapai kejayaan dalam setiap individu hanya melibatkan 20% IQ dan baki 80% perlu diisi dengan EQ.


Merujuk perkara tersebut,tidak mustahil mengapa ramai pelajar yang cemerlang dalam pendidikan(SPM 10A++) dan melanjutkan pelajaran sehingga ke luar negara tetapi gagal untuk memperolehi pekerjaan mahupun kurang berjaya ketika bekerjaya.

Pelajar cemerlang biasanya terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:
i)Cemerlang dalam pelajaran dan aktif dalam aktiviti kokurikulum(IQ+EQ).
ii)Cemerlang dalam pelajaran tetapi tidak aktif dalam aktiviti kokurikulum(IQ sahaja)

Kepada pembaca yang masih lagi berada di alam persekolahan,elakkan berada di dalam kumpulan (ii) kerana ia akan menyukarkan anda pada masa hadapan.Ya, tidak dinafikan anda seorang pelajar cemerlang,tetapi kehidupan di luar sana sangat mencabar dan memerlukan kemahiran EQ untuk mengatasinya.

Berikut disertakan sedikit maklumat perwatakan seseorang bagi IQ dan EQ:

Golongan IQ tinggi-
Lelaki:
Kritikal,di luar jangkaan,terpilih,pemalu,kurang ekspresi,menjaga jarak,dingin dan membosankan.
Perempuan:
Hanya berminat kepada masalah intelektual,menghargai orang yang setaraf dengannya,mudah cemas,gelisah,mudah rasa bersalah dan ragu-ragu untuk menyatakan perasaan marah.

Golongan EQ tinggi-
Lelaki:
Suka bersosial,suka bergurau,mudah bergaul,tidak mudah takut dan rasa gelisah,prihatin,berpandangan positif.
Perempuan:
Tegas,menyatakan perasaan secara terbuka,melihat diri secara positif,mudh bergaul,peramah,mampu menyesuaikan diri,berbicara dengan tidak kasar serta melakukan dalam keadaan spontan dan gembira.

Berdasarkan maklumat di atas,jelas menunjukkan bahawa EQ lebih memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang individu tetapi dalam masa yang sama sumbangan IQ tidak boleh dinafikan.Dengan itu,gabungkan IQ dan EQ dalam kehidupan seharian anda mengikut peringkat usia yang sesuai dan insyaAllah kejayaan akan datang mengiringi usaha anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan