Rabu, 16 Mei 2012

Jangan berkata 'Jangan'

'Jangan' adalah satu perkataan yang akan mewujudkan tenaga negatif di dalam diri manusia.Bayangkan ketika anda sedang mencampurkan gula di dalam minuman dan ibu anda mengegur dengan perkataan 'Jangan letak gula banyak sangat,tidak elok untuk kesihatan',pasti sedikit sebanyak akan menimbulkan perasaan marah dalam diri anda.

Bagaimana pula jika teguran tersebut disampaikan dengan perkataan 'Kurangkan gula dalam minuman,kesihatan akan terjejas nanti',pasti ia akan mewujudkan perasaan ambil berat dan meningkatkan pengetahuan si pendengar bukan?



Ia adalah salah satu rahsia alam bagi kehidupan dan juga komunikasi.Jika perkataan 'jangan' kerap digunakan,ia akan mewujudkan serta meningkatkan tenaga tolakan(negatif) dalam diri kita.Apabila setiap masa dan ketika kita mewujudkan tenaga tolakan,pastinya kehidupan seharian kita sedikit sebanyak akan menyumbang ke arah perkara negatif.

Cuba lihat pula situasi di dalam negara, saban tahun pasti wujudnya kempen anti merokok dan kempen anti dadah.Tetapi adakah kempen tersebut berkesan? Tidak bukan? Kerana jualan rokok dan dadah semakin meningkat setiap tahun.Saya merasakan bahawa perkataan 'anti' yang digunakan tidak sesuai dan lebih menjurus kepada tenaga tolakan.Kerana itulah kempen tersebut tidak memberikan impak kepada rakyat.

Kita lihat pula kempen 'Buka & Menang','Beli 1 percuma 1' dan 'Pergilah Melancong'.Bukankah ia mendapat sambutan yang begitu hangat? Ini kerana mereka tidak menggunakan perkataan negatif yang boleh meningkatkan tenaga tolakan dalam diri setiap pelanggan yang mendengar atau menonton kempen tersebut.Menarik bukan? Pastinya kempen tersebut dapat menjana keuntungan yang maksimum!

Carl Jung(1875-1961,Psikologi) ada menyatakan bahawa kejadian alam sesuai dengan hukum daya tarikan: 'Apa yang anda tolak,akan tetap bertahan dan berada di samping anda.'

Mulai hari ini,latihlah diri supaya kurangkan pengunaan perkataan 'jangan' dalam kehidupan seharian.Saya yakin ia akan memberi impak positif dalam kehidupan seharian anda selepas ini.Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan